[SEGMEN ICT] Tutorial Instalasi Chromixium

PKG Sentul telah menghasilkan video tutorial untuk Instalasi Chromixium OS. Tutorial ini disediakan sebagai bantuan kepada pihak sekolah yang ingin menggunakan chromixium OS ini pada netbook serta komputer yang terdapat di sekolah. Chromixium OS ini bertujuan untuk memudahkan sekolah mengakses kepada internet serta untuk pembelajaran ICTL di sekolah. Aplikasi-aplikasi yang diperlukan untuk instalasi boleh dimuat turun di pautan berikut :








* Ihsan bahan dari PKG Sentul WPKL

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1438H 2017M


Kami dari seluruh warga kerja PKG Keramat WPKL dan BTPN WPKL ingin menyusun sepuluh jari memohon kemaafan kepada seluruh warga sekolah ahli PKG Keramat WPKL. 

Berhati-hati di jalan raya bagi yang pulang ke kampung halaman. Moga sambutan hari raya tahun ini akan memberi seribu kenangan dan kegembiraan kepada anda semua.

Selamat Hari Guru Sesi 2017 : 'GURU PEMBINA NEGARA BANGSA'




Kami dari warga PKG Keramat WPKL mengucapkan selamat menyambut Hari Guru bagi tahun 2017.

Semoga para guru akan terus menjadi pemangkin semangat anak-anak untuk terus berjaya dan berjaya.

Selamat Hari Guru!


Bengkel Pengenalan & Instalasi Chromixium Operating System (OS) 2017






25 & 26 April 2017
PKG Sentul

Satu Bengkel Pengenalan & Installasi Chromixium Operating System (OS) telah berjaya mengumpulkan seramai 46 orang JTK/PPTM sekolah ahli daripada 4 PKG iaitu  PKG Sentul, Keramat, Bangsar dan Segambut Jaya. Objektif bengkel ini adalah;

  • Memberi pendedahan serta pengetahuan baru mengenai chromixium Operating System (OS)
  • Memberi kepakaran dan kemahiran kepada JTK/PPTM sekolah
  • Sebagai satu medium baru dalam penggunaan OS di sekolah
  • Pertingkatkan penggunaan netbook 1Malaysia
  • JTK/PPTM sekolah dapat menggunakan chromixium OS pada peralatan ict lain terutama sekali komputer persendirian dan komputer peribadi di sekolah
  • Pendedahan mengenai produk-produk google seperti ‘google drive,google chrome’ dan sebagainya.
  • Menjadikan pembelajaran dan pengajaran di sekolah lebih memudahkan dan menyeronokkan.



Taklimat 2 hari ini telah disampaikan oleh En. Saifizan Afzarin b. Abd.Latib dan En. Shahrullail b. Khalidin dengan jayanya. Pihak kami berharap dengan adanya bengkel seumpama ini, ia dapat membantu memantapkan penggunaan netbook sekolah disamping menambah pengetahuan peserta khususnya. 











* Sumber info dan media : PKG Sentul WPKL

Pertandingan Digital Storytelling Animation 2017

Untuk maklumat lanjut, sila klik ke gambar seperti di bawah untuk ke pautan makluman seterusnya mengenai pertandingan ini. 















Mesyuarat GPB/GICT PKGK Bil.1/2017

Aktiviti : Mesyuarat Guru Penyelaras Bestari/Guru ICT Sekolah Ahli PKG Keramat Bil.1/2017 
Tarikh : 3 Mac 2017   
Anjuran : PKG Keramat WPKL